LATAR BELAKANG SEKOLAH MENENGAH TEKNIK TAIPING.

Sekolah Menengah Teknik Taiping (SMT) merupakan satu-satunya sekolah menengah teknik yang terdapat di daerah Larut Matang dan Selama. Dahulunya ia dikenali sebagai Sekolah Menengah Vokasional Taiping. Perubahan kepada nama tersebut berlaku setelah dinaikkan taraf sebagai Sekolah Menengah Teknik Taiping pada 1 Januari 1997.

Sekolah ini terletak di Kamunting. Ia berhampiran dengan kawasan perkelahan Bukit Jana berlokasi berdekatan di Kem Pertahanan Kamunting. Di sekitar kawasan tersebut terdapat dua buah sekolah iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Jana dan Sekolah Kebangsaan Bukit Jana.

Sekolah ini mempunyai beberapa blok kelas, beberapa bengkel, blok pentadbiran, blok asrama, astaka, rumah para pekerja dan rumah warden , sebuah dewan serbaguna serta padang, gelanggang bola tampar, tenis dan sebagainya untuk menjalankan aktiviti beriadah khususnya buat para pelajar yang tinggal di asrama.

Pengetua pertama yang menjadi perintis sekolah ini ialah Encik Shaharudin bin Yusof. Pada tahun 1980 beliau digantikan oleh Encik J. Bajan Singh. Pada tahun 1984, apabila Encik Bajan Singh bertukar ke Sekolah Menengah Vokasioanal Ipoh, jawatan pengetua dipangku oleh Guru Penolong Kanan iaitu Encik Ahmad Adli bin Ahmad.

Pada awal penggal kedua 1984 Tuan Haji Kadir Ismail Bin Kadir Maydentelah dilantik menjadi pegetua. Beliau menjawat jawatan tersebut sehingga bulan April 1996. Jawatan pengetua kemuadiannya disandang oleh Tuan Haji Abdul Jalil bin Md.Yusuff yang berkhidmat sehingga 2 Februari 1997. Kini Tuan Haji Kadir Ismail Bin Haji Kadir Myden sebagai pemangku pengetua SMT Taiping.
Sekolah ini telah menjangkau usia lebih 20 tahun dan telah dirasmikan oleh Y.B. Datuk Abdullah bin Haji Ahmad Badawi, Menteri Pendidikan Malaysia pada 27 Oktober 1985.
Objektif utama pendidikan teknik/vokasional ialah memberi serta menyediakan para pelajar untuk melanjutkan pelajaran yang lebih tinggi dalam bidang kejuruteraan bagi menahut Wawasan 2020. Pelajar- pelajar yang mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan peperiksan Sijil Pelajaran Malaysia Vokasional (SPMV) berpeluang menyambung pelajaran mereka di Universiti- universiti tempatan dan luar negeri selain ke Politeknik- politeknik, Maktab- maktab Perguruan, Institut teknologi MARA, dan Institut pengajian tinggi yang lain. Pelajar-pelajar yang mengikuti Kursus Perdagangan pula digalakkan menduduki peperiksaan Sijil Perdagangan Malaysia (SPDM) sebagai peperiksaan tamawarkan kursus kemahiran kepada pelajar-pelajar yang sederhana pencapaianya dalam bidang akademik diperingkat PMR. Pelajar-pelajar ini akan mengikuti kursus kemahiran selam dua tahun.
Kemudian pelajar yang berjaya akan dianugerahkan sijil kemahiran yang dianugerahkan oleh Jabatan Pendidikan Teknik, Kementrian Pendidikan Malaysia. Bagi pelajar-pelajar lepasan SPM/SPMV, mereka ditawarkan untuk mengikuti kursus kemahiran jangka pendek/lanjutan yang mengambil masa selam setahun. Tujuan utama kursus kemahiran ini diadakan untuk mendedahkan mereka dengan kemahiran yang mendalam bagi menjamin masa depan dalam bidang pekerjaan.