PROFIL
S
ekolah Menengah Kebangsaan Agama Slim River









SEJARAH RINGKAS

Idea penubuhan SMKA mula timbul semasa Ustaz Mahyuddin bin Musa menjadi Ketua Pengarah Pendidikan Islam di Kementerian Pendidikan Malaysia dalam tahun 1975/76. SMKA Slim River adalah yang ke 36 di Malaysia dan kedua di negeri Perak. SMKA mula dibina pada tahun 1991 di tepi lebuh raya Slim River- Kuala Lumpur iaitu 6 kilometer ke selatan Slim River. Syarikat pembinaan AL-MATAB iaitu sebuah Syarikat Bumiputra yang beribu pejabat di Kuala Lumpur telah diberi tanggungjawab membinanya.

Pada pertengahan tahun 1993, beberapa bangunan yang telah siap secara berperingkat-peringkat diserahkan kepada JPN Perak iaitu asrama 4 blok, dewan makan, kantin dan bangunan sekolah 3 blok. Pengetua yang pertama ialah Tuan Haji Ahmad bin Haji Abdul Hamid dan beliau mula menjalankan tugasnya pada 1.12.1992.

Buat pertama kalinya pelajar-pelajar tingkatan satu yang ditawarkan belajar di sini diminta melapurkan diri pada 20 Jun 1993 dan pelajar tingkatan 4 pula pada 4 Julai 1993.

(kembali ke menu)










FALSAFAH SMKA SR

"Usaha yang terancang, terkawal dan berterusan berasaskan panduan ilmu, iman dan amal soleh serta budaya Islam dan suasana pembelajaran yang sempurna ke arah melahirkan pelajar yang berilmu pengetahuan, seimbang, cemerlang, beakhlak mulia, bertakwa dan bertanggungjawab untuk mengamalkan cara hidup Islam serta mampu memberi sumbangan yang bermanfaat kepada agama, ummah dan negara."

(kembali ke menu)












MATLAMAT

    1. Mendidik pelajar dengan keperibadian Islam supaya menjadi orang yang beriman, bertakwa dan beramal dengan ajaran Islam dalam segala cara kehidupan yang bertamadun.
    2. Membekalkan ilmu pengetahuan agama dan akademik kepada pelajar berasaskan Kurikulum Pendidikan Negara untuk membolehkan mereka mencapai tujuan hidup, iaitu kebahagian di dunia dan di akhirat.
    3. Memperkembangkan potensi pelajar dari segi minat, kreativiti, sahsiah dan kepimpinan berasaskan Pendidikan Islam untuk membolehkan mereka memainkan peranan yang lebih berkesan dalam masyarakat sesuai dengan kemampuan mereka.
    4. Memberi pendidikan yang sebaik-baiknya kepada pelajar untuk membolehkan mereka melanjutkan pelajaran dalam berbagai-bagai ilmu pengetahuan di institusi pengajian tinggi dalam dan luar negeri supaya mereka dapat memberi sumbangan yang lebih besar dan berkesan untuk kepentingan agama, bangsa dan negara.

(kembali ke menu)
















KECEMERLANGAN

ANALISA KEPUTUSAN PEPERIKSAAN SPM
TAHUN/KEPUTUSAN

1996

1997

1998

PANGKAT 1

85

99

105

PANGKAT 2

15

5

-

PANGKAT 3

1

-

-

GAGAL

-

-

-

JUMLAH CALON

101

104

105

% LULUS

100

100

100

PERBEZAAN % LULUS

+1.1

-

-


 ANALISIS MATAPELAJARAN PEPERIKSAAN STPM 1996

MATA PELAJARAN

A

B

C

D

E

JUMLAH

%

LULUS

Pengajian Am

3

2

3

1

1

10

83.3

Bahasa Arab

-

1

2

2

1

6

54.5

Syariah

-

1

1

3

3

8

66.6

Usuluddin

-

2

4

2

1

9

75

Sejarah

-

-

1

3

4

8

66.6

(KEMBALI KE ATAS)














BILANGAN GURU DAN PELAJAR

TAHUN

GURU

PELAJAR

1993

1994

1995

1996

1997

 15

25

36

47

49

430

472

528

590

627

(kembali ke menu)

 
















PERASMIAN

SMKA SR telah dirasmikan pada 21 MEI 1996 oleh Yang Dipertuan Agong Sultan Azlan Syah. Baginda diiringi oleh Tuanku Permaisuri Bainun. Baginda di sambut oleh pasukan kawad sekolah yang diwakili oleh Pengawas Sekolah, Pergerakan Puteri Islam, Persatuan Bulan Sabit Merah, Pasukan Pengakap dan Pasukan Pancaragam dari Sekolah Menengah Sains Sultan Azlan Syah. Berbagai persediaan telah diambil bagi menyambut ketibaan baginda. Semua warga SMKA SR telah bersatu hati bagi menjayakan hari yang bersejarah ini. Alhamdulillah, majlis perasmian ini telah selamat di sempurnakan.

 



















KECEMERLANGAN KO-KURIKULUM

PESERTA PERTANDINGAN PENCAPAIAN
ZARINA BT EDRIS MENULIS ESEI KERJAYA JOHAN PERINGKAT KEBANGSAAN
AZIANA AZWIN MOHD ZIN PUISI ANTI DADAH JOHAN PERINGKAT NEGERI PERAK
SHAHDATUL KAMILAH ZAKARIA TILAWAH AL- QURAN JOHAN PERINGKAT DAERAH BATANG PADANG
KHAIRUL ZAKI RAZALI TILAWAH AL-QURAN JOHAN PERINGKAT KEBANGSAAN
AHMAD BASHIR HJ. ABDUL RAHIM TAHFIZ AL-QURAN KE-3 PERINGKAT KEBANGSAAN
SITI AISHAH ABDULLAH PIDATO BAHASA ARAB JOHAN PERINGKAT NEGERI PERAK
NOR ZURYATI MOHD BASIR TAHFIZ AL-QURAN JOHAN PERINGKAT DAERAH BATANG PADANG
PESERTA PANTUN PESTA PANTUN 1997 JOHAN PERINGKAT DAERAH BATANG PADANG
SYARIKAT NAJIHATUNNISA’II PROGRAM USAHAWAN MUDA JOHAN PERINGKAT NEGERI PERAK

 

(kembali ke menu)


















CARTA ORGANISASI PENGAWAS 1998

 

KETUA UMUM

Mohd Khairi

PEN. KETUA UMUM

Nurul Khairiyah

SETIAUSAHA I

Mohd Saiful Bahri

SETIAUSAHA II

Diana Suhaiza

BENDAHARI I

Mohd Hasanul Fathi

BENDAHARI II

Nor Akmar

PENYELARAS BIRO I

Mohd Salmi

PENYELARAS BIRO II

Intan Nurshahifah

BIRO DISIPLIN

Mohd Sujairi

PEN. BIRO

Nur Saadah

BIRO KEBERSIHAN

Mohd Faizal

PEN. BIRO

Suhaini

BIRO KEBAJIKAN

Ahmad Mahfuz Najhan

PEN. BIRO

Maziah

BIRO DOBI

Mohd Syaiful

PEN. BIRO

Safura

BIRO KELAS PREP

Dzulfitri

PEN. BIRO

Faizah Nur

BIRO PENERBITAN

Mohd Sopian

PEN. BIRO

Asifa

UNIT TEKNIKAL

Mohd Hashimi

PEN. UNIT I

Khairul Azrin

PEN. UNIT II

Normi

BIRO SUKAN

Khairul Zaki

PEN. BIRO

Amalia @ Amelia

(kembali ke menu)